Nampaknya blog akimfan.blogspot.com sudah sampai masanya untuk berhenti dari mengemaskini apa-apa entri di sini. Wujudnya blog ini selama 10 minggu di sepanjang program AF7 berlangsung sedikit-sebanyak dapat mengumpulkan peminat-peminat Akim di dalam satu komuniti peminat di alam siber ini. Kamu boleh klik arkib di tepi kanan blog ini untuk membaca dan melihat semula semua koleksi youtube persembahan Akim semasa konsert 1-10. Mulai sekarang kamu boleh lawati laman web rasmi peminat Akim di www.afiqhakim.com dimana ia terbahagi kepada 2 segmen iaitu portal komuniti GAFIMMERS dan blog info terkini Akim. Juga pergilah klik blog Along di akimaf7.blogspot.com untuk info terkini aktiviti peribadi dan keluarganya. Teruskan menyokong Akim dalam bidang seni tanahair. Selalulah undi lagu-lagu Akim di radio, tv dan internet. Datanglah beramai-ramai ke mana-mana acara dimana Akim menyanyi. Dia perlukan sokongan kamu semua untuk terus kekal dan semakin hebat. Tahniah Afiq Hakim!
Akhir sekali, terima kasih kepada Wawa (AKIMFAN-2) kerana bersusah-payah untuk berkongsi tenaga mencantikkan blog ini dengan berbagai grafik. Juga kepada Juan Danza kerana memuatkan artikel mengenai blog ini di Majalah AKSI. Jasa kalian akan dikenang sampai bila-bila.
Ikhlas,
AKIMFAN-1 @ Ajami Hashim
Akhir sekali, terima kasih kepada Wawa (AKIMFAN-2) kerana bersusah-payah untuk berkongsi tenaga mencantikkan blog ini dengan berbagai grafik. Juga kepada Juan Danza kerana memuatkan artikel mengenai blog ini di Majalah AKSI. Jasa kalian akan dikenang sampai bila-bila.
Ikhlas,
AKIMFAN-1 @ Ajami Hashim
Bengang (single) ~ Akim AF7
aku bosan dengan cintamu
aku rasa buang masa
kau selalu mendustakan cintaku
aku fikir kau tak searus
lebih baik ku beralih
biarkan diriku terus bersendiri
ku tak sanggup engkau setia
walau jasad dan juga nyawa
sebagai tanda cintamu padaku
katamu..
tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah bengang rasa hampa
terus tinggal diriku terasa
cukup berkali kau berkata
jangan diulang lagi dusta
jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
jika janji sekadar mimpi
tak mungkin aku sanggup
bersama dengan mu
tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah bengang rasa hampa
terus tinggal diriku
setiap liku diserang pilu
setiap liku teringat janjimu
ooh caramu..
akan ku teruskan diriku oh tanpamu
tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah bengang rasa hampa
terus tinggal diriku terasa
ooh..
*lagu: Amir
*lirik: SQ
kredit: procompsognathus737


