akim@myspace

PEMBERITAHUAN

akimfans yg nak minta letak blog-link kat sini, sila bagi kat kotak komen entri 'terima kasih' di bawah!..satu lagi, kpd suma yg chatting kat chatbox/chatango, SILA JANGAN GADUH2 atau PROVOKASI yg bukan2! peace all! muahhh!

Sunday, March 29, 2009

Tugasan Minggu #4 - Destinasi Cinta (Dato' Siti Nurhaliza)



Destinasi Cinta (Dato' Siti Nurhaliza)

Di Hati Yang Mana
Ku Temu Cinta Terindah
Kau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan

Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir

Chorus

Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku

Verse 2
Mimpiku Semalam
Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati

Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila Kau Hadir, Ku Damba

Ulang Chorus

Bridge

Matahari Masih Jingga
Menyala Cinta Bagai Bara
Perjanjian Kita Berdua
Kekal Selama
Berdua
Berdoa
Bersama
Sayang…

Ulang Chorus

Diari Harian Akim @ Minggu 4

Kelas Ngan Joe
Rabu, 1 April 2009

Masuk akademi n sarapan. Makan nasi dagang. Sakit perut tu makan nasi dagang tak sedap lak tu
Practise sendiri, cikgu masuk lambat sket ini hari
Cikgu Siti datang semua pelajar kena nyanyi one by one. Lps tu cikgu syafi dtg dia amek dak2 pompuan g kat klas vocal. Tetiba ada amy search kat dalam bilik tu
Kitorang makan ngan Amy Serach, bes lorh dia citer.
Pengetua memberi kata2 untuk minggu ini dan dia mahu kita lebih baik dari minggu lepas
Kelas vocal bersambung
Kelas Cikgu Aris
Kelas ngan Joe ada soal jawab n Bob ade datang untuk beri pendapat tentang vocal



Aku Dah Ok Dah
Selasa, 31 Mac 2009

Masuk akademi exercise ngan cikgu Aris penat giler2 siot
Sarapan & gi masuk kelas vokal. Tetiba time kat kelas vokal cikgu Siti masuk n panggil aku. Mule2 train kat hall n pastu dia ajak train kat bilik pengakuan n then cerita pasal Hafiz.. urm.. aku dan ok dah urm..
Kelas ngn pengetua n kitorang ada guess iaitu Chef Riz
Kelas Cikgu Ida
Kelas Cikgu Aris pastu dia ajar aku step untuk lagu aku yang beshnya dia cakap yang menari untuk lagu aku pompuan yang cantekk tu.. HAHHAHAHA



Aduyai
Isnin, 30 Mac 2009

Masuk akademi dan sarapan
Bincang dengan Cikgu Siti tentang perkara-perkara yang berlaku pada minggu lepas
Dapat lagu kena nyanyi lagu Datuk Siti Nurhaliza. Aduyai
Flashback untuk konsert minggu lepas
Makan tengahari
Kelas cikgu Ida The Gorgeous
Kelas Cikgu Aris
Kelas Tamat



Iklan Denim
Ahad, 29 Mac 2009

Bangu mandi
Masuk akademi
Pihak produksi keep the promise n give us Mcdonald set. Uh happy giler! TQ Astro!
Tengok PGLM kat dance floor. Best giler!
Kelas cikgu Fatimah
Marigold punya nutritious datang
Wat iklan denim
Maybelline punye wakil datang bagi penerangan
Sambung kelas cikgu Fatimah
Sambung PGLM
Balik tidur

Saturday, March 28, 2009

Akim @ Konsert Minggu 3



{ Download MP3 Akim - Anak Gembala }


Kredit: Klubbkidd



Komen & Kritikan 1: Vernon - MrManager

"...AKIM (gambar hilang, kena minta balik dari photographer, bawak bersabar peminat peminat)

Satu lagi first note hancur berderai nun ke Pakistan siap bekal balik roti canai sepuluh bungkus untuk Hafiz dan Isma. Akim's main problem is that he needs to learn to control his pitch and not follow in Obri's footsteps and go to the Sahara desert in search of camels. Teachers, you really need to solve tuning problems. Sakit telinga tau. Technique-wise, he is already showing progress. Nice open throat tone and a very forward projection. His performance was energetic but contrived. Apa itu contrived? Contrived means trying very hard but not exactly getting it right. Akim needs to work more with Cikgu Aris and Cikgu Ida on feeling the stage.

2 STARS"

Komen & Kritikan 2: Joe Klubbkidd

"...Akim
Anak Gembala

Rating : ***
Akim perform elok lagi minggu ni dari minggu lepas. Seperti Yazid dan Aril, aku nampak dan mendengar perubahan yang ketara dari persembahan dia.
Issues ngan his opening note, which is a recurring problem, tapi performance dia memang menghiburkan, walaopon masih ada ruang lagi dia nak perkembangkan kemampuan dia dari segi penghayatan.
Secara keseluruhan, dia banyak kena belajar lagi dari segi memasukkan jiwa dia sendiri ke dalam sesebuah lagu.
Not too impossible, and Akim is really starting to shape up as a real competitor."

Komen & Kritikan 3: Murai - Badrul

"...Akim (Anak Gembala)
I like Akim punya take on this song eventhough this is one of Allahyarham Sudirman's not-so-memorable song. His movement was better coordinated. Persembahan Akim adalah persembahan pertama untuk konsert ketiga nih yang I beri perhatian sampai habis. Prof. Khairil comment kata Akim should add more colour to his voice. I nak cakap kat Prof. Khairil that Akim punya colour semua dah pergi kat pakaian dia.

Note to myself: Blue (pants), Red (T-shirt), Silver/Gold (jacket) and White (belt) should only be seen on the christmas tree. Any other tree pun tak patut ada banyak warna macam tuh sekali, ni kan pulak pada manusia!"

Komen & Kritikan 4: Murai - Kudsia

"...Akim pula membawa lagu Allahyarham Sudirman - Anak Gembala. Ok, Allahyarham Sudirman ni (and WHY hasn't anyone given him a post-humous Datukship...kalu Shah Rukh Khan boleh kita bagi, we should give one to Allahyarham Sudirman Hj Arshad) kalau lagu asli memang suaranya boleh membuat kita mengalirkan air mata. Gerimis Di Lautan is a GREAT example of the beauty of Sudirman's voice. Anak Gembala lagu yang boleh dikira rancak and I'm very curious as to how Akim will deliver this song tonight. Ya memang betul kata Dato' Khaty - note pertama "ooo" tu memang Akim kantoi, sebab salah masuk key, tapi he recovered very fast and nampak macam Akim betul-betul enjoy lagu tersebut. One of the better performances tonight. AC berkata-kata. Ler. Lagi-lagi perkataan TRANSFORMASI. Hello ASTRO - OVERKILL! Cukuplah suruh AC cuba yakinkan kami ini transformasi, itu transformasi, let us viewers make up our own minds la..."

Monday, March 23, 2009

Tugasan Minggu #3 - Anak Gembala (Sudirman)



Anak Gembala (Sudirman)

Ooo akulah anak gembala
Merentas segenap desa
Ke gunung padang dan lurah
Dari pagi hingga senja
Berbekalkan tongkat rotan
Rotan jati dari hutan
Aaaa
Aaaa

Ooo akulah anak gembala
Merentas sungai dan rimba
Beginilah tiap masa
Tapi hatiku gembira
Bertemankan kambing tua
Lembu jantan dan betina
Aaaa
Aaaa

Ibu, sangat sayang kepadaku
Membekal pengat dan susu
Untuk mengalas perutku
Ayah memberi seruling tua
Untuk menghiburkan hati
Bila terasa sunyi

Ooo tiada siapa yang tahu
Nun jauh tinggi di gunung
Buah hatiku menunggu
Gembala seperti aku
Dia suka kepadaku
Aku suka kepadanya
Aaaa
Aaaa

Sunday, March 22, 2009

Diari Harian Akim @ Minggu 3

Malu Giler
Khamis, 26 Mac 2009

Masuk akademi dan sarapan.
Exercise ngan Cikgu Aris.
Kelas vocal.
Makan tengah hari.
Kelas vocal dengan tarian.
Presentation bengang siot time wat tu.. Ish malu giler.. Presentation abis siap gi sound check.
Sampai tempat sound check and abis sound check pukul 1am.



Dominic Pakar Penafasan
Rabu, 25 Mac 2009

Masuk akademi.
Kelas dengan Dominic pakar pernafasan.
Sarapan.
Kelas dengan Cikgu Siti dan Cikgu Shafi.
Makan tengah hari.
Sambung kelas Cikgu Siti dan Cikgu Shafi.
Kelas tarian Cikgu Aris.
Makan malam.
Kelas dengan Joe.



Belajar Bercerita
Selasa, 24 Mac 2009

Masuk Akademi dan sarapan.
Kelas vokal Cikgu Siti & Shafi sampai kol 12.45 tengahari.
Makan tengahari.
Kelas dengan Principal menonton VCD tentang tokoh-tokoh industri hiburan.
Kelas Miss Ida belajar bercerita dengan baik.
Kelas Cikgu Aris.
Makan Malam.
Sambung kelas.
Kelas Bersurai.



Kelako
Isnin, 23 Mac 2009

Masuk kelas dan sarapan
Kitorang berlakon jadi cikgu-cikgu dan principal..hahaha kelako
Preview konsert. Terok la persembahan aku.. humph
Kelas Miss Ida The Gorgeous
Kelas tarian Cikgu Aris



Frust Lagu Tak Tau
Ahad, 22 Mac 2009

1100 - Bangun dan sarapan
1230 - Masuk akademi
1300 - Kelas Cikgu Fati
1400 - Principal bagi lagu. Frust lagu tak tau…aduyai
1700 - Minum petang
1730 - Jamming
1900 - Makan malam
2000 - Balik dorm

Akim @ Konsert Minggu 2



{ Download MP3 Akim - Medley "Satu" & "Buronan Cinta" }


Kredit: Klubbkidd



Komen & Kritikan 1: Sultan Muzaffar

"...Saya melihat persembahan Akim sebagai satu perjalanan transformasi. Dia berada di landasan yang betul dari aspek vokal tetapi masih banyak kurangnya dalam aspek pergerakan dalam persembahannya. Persembahan Akim membuktikan sememangnya sukar untuk membawakan lagu medley lebih-lebih lagi untuk menyampaikan emosi kedua-dua lagu tersebut yang nyata berbeza. Akim memulakan persembahannya dengan lagu Satu diikuti dengan lagu Buronan Cinta dan kembali semula kepada lagu Satu. Emosinya sepatutnya turun naik tetapi kurang berjaya disampaikan dengan baik dan tidak dibantu oleh pergerakannya di atas pentas. Tiada keserasian pada nyanyiannya dan pergerakannya menjadikan persembahannya agak jelik kerana kurangnya bantuan dari aspek kosmetik dalam satu persembahan. Saya lebih suka sekiranya Akim memegang mikrofon dalam lagu Satu agar pergerakan tangannya lebih terkawal. Saya mahu melihat Akim serius dalam kelas tarian dan lakonan untuk lebih memberikan persembahan yang lebih bermakna dari sudut visual. Begitu juga dengan Qhaud yang saya harus akui dia berjaya menguasai pentasnya dengan baik selain memperlihatkan kehebatan vokalnya. Saya suka dengan idea-idea kecilnya yang memberikan sedikit elemen hiburan dalam persembahannya. Melihatkan kecemerlangannya, tenaga pengajar sebulat suara menganugerahkannya Pelajar Cemerlang Minggu Kedua. Saya anggap kedua-dua pelajar ini sebagai satu transformasi yang positif untuk menjadi lebih baik."

Komen & Kritikan 2: Joe Klubbkidd
"...AKIM
Satu/Buronan Cinta
Rating : ***

A little shaky, but overall I think Akim did quite well. He's showing more potential vocally. It helped dia dapat lagu yang kuat cam Satu, but t his credit he did well enough to impress me despite dia ni kekadang perangai main-main.

His body language masih kekok sikit like most of the kids, tapi takde la sampai apa Edrie cakap sampai tarik mic pun dia kritik unprofessional bagai until dikatakan performance tak ok pas.

Bab Yusni Hamid... aku no komen. I mean, she called him 'Afik' for crying out loud. Heh... merasalah!

Agreed more with Adlin in terms of physicality. Spot on bab pemerhatian tuh. And I think that's the keyword for this season sebab most of the pelajar are still finding body language something that's natural to them."

Komen & Kritikan 3: Fiebie - mentallydisturbed

"...AKIM
Satu (Dewa 19)
Buronan Cinta (The Lima)

Cute kan dia. Sebab dia cute tak leh komen lebih-lebih. Akim langsung tak boleh bawak lagu Dewa 19 sebab suara dia terlalu lembut dan tak cukup projection. Dengar macam takde power langsung dan sedikit menyakitkan telinga. Pitching mengarut kelaut gila. Tak yah lah cerita pasal dinamik ke lenggok ke memang takde langsung. Dia pulak nampak macam tak sabar-sabar nak nyanyi lagu Buronon Cinta yang lebih mudah sikit untuk dia, tapi tetap takde voice projection. Paling tak tahan tengok dia punya body movement pelik sungguh. Kongkang gila memang tak leh menari sebab takde body rhytm langsung. Masa ubah lagu tu dia punya feel fake gila. Feel yang direherse.

verdict : Haramjadah kau suka main-main kan budak ni. Dalam sekolah main, tengah buat persembahan pun memain. Tak serious, 1 pasang selipur jepun dan babab montot dia 12 kali."


Komen & Kritikan 4: Badrul - Murai

"...(Akim Satu / Buronan Cinta)
Apa yang boleh dikatakan, control suara Akim lebih bagus. Tapi I boleh kata jugak that dia tak dapat beri hundred percent. I salahkan 'Menuju Puncak' di letakkan di awal persembahan. I don't think akim sempat ambik nafas pun sebelum persembahan dia bermula. Habis jer 'Menuju Puncak' nak berlari ke belakang stage untuk tukar pakaian, which they only have five minutes during the commercials. Tone akim memang sedap untuk lagu 'Satu' tapi dia masih tak dapat nak gabungkan tarian (or persembahan) dia dengan nyanyian untuk lagu 'Buronan Cinta'. Nampak tarian dia a little bit off and weird. Transisi dari satu lagu ke satu lagu pun agak kelam kabut. Tapi dia antara yang nampak layak berada di Akademi Fantasia."

Komen & Kritikan 5: Kudsia - Murai

"...AKIM menjadi pelajar pertama malam ini dan gabungan SATU/BURONAN CINTA menjadi medley persembahannya. AND HE SHAVED! Alhamdulillah. Maybe someone heard me say he ought to ?(Eleh perasan ha ha ha). It's not easy being the first. Nervous giler, for sure. Dan malam ni Akim mencuba but not enough.

Akim mendapat secara majoriti kritikan yang negatif, tapi saya setuju dengan Adlin bcs he identified Akim's weakness dengan tepat. Vocally, however, Akim boleh memperbaiki tekniknya. Saya percaya Akim jika bertahan di Akademi dapat menjadi seorang penghibur yang berkualiti, but he needs to work harder."

Komen & Kritikan 6: Vernon - MrManager

"...AKIM
Satu/Buronan Cinta

Critique: Akim started off well. His tone was well placed and forward and his pitching was fairly in tune. Nice diaphragmatic singing. He kept my attention with his convincing rendition of Satu. When he went into Buronan Cinta, he began to crumble. His energy markedly dropped and his breathing went out the window. The transition just didn't work for him. His 'trademark' moves emerged and grossed me out. They just didn't come across as natural.

2 STARS"

Monday, March 16, 2009

Tugasan Minggu #2 - Satu (Dewa 19) & Buronan Cinta (D Lima)



Satu (Dewa 19)

Aku ini adalah dirimu
Cinta ini adalah cintamu
Aku ini adalah dirimu
Jiwa ini adalah jiwamu
Rindu ini adalah rindumu
Darah ini adalah darahmu

Korus:
Tak ada yang lain selain dirimu
Yang selalu ku puja
Ku sebut namamu di setiap hembusan nafasku
Ku sebut namamu, ku sebut namamu

Dengan tanganmu aku menyentuh
Dengan kakimu aku berjalan
Dengan matamu aku memandang
Dengan telingamu aku mendengar
Dengan lidahmu aku bicara
Dengan hatimu aku merasa

Ulang Korus





Buronan Cinta (D Lima)

Banyak sudah yang menegur
Nanti aku kan tersungkur
Dengan gaya ku menggoda
Setiap perempuan di mata

Tapi dunia cukup besar
Untuk simpan rahasia
Sudah terjerat baru terasa bagai
Oh..

Reff:
Oh buronan cinta
Terjepit di antara
Dua pacar berbeda
Pada waktu yang sama

Yang kiri belum tutur
Kanan juga begitu
Lebih baik ku lari
Cari pacar yang baru

Aduh.. aku buronan cinta
Aduh.. aduh..

Puas si cari gadis sempurna
Tapi belum ku jumpa
Semua punya kekurangan
Jadi ku tambah pilihan

Bagaimana mereka tahu
Semua rahasiaku
Demi kebebasan biarlah bergelar
Oh..

Kembali ke Reff

Aduh.. aku buronan cinta
Aduh.. aduh..
Ku buronan cinta

Sampai kapan ku begini
Ku sendiri pun tak pasti
Mungkin ku begini sampai ke tua

Oh.. oh oh oh oh.. aku..

Kembali ke Reff

Diari Harian Akim @ Minggu 2

Performance Kedua
Sabtu, 21 Mac 2009

1030 - Bangun dan kemas beg
1100 - Mandi
1230 - Gerak ke tempat perform
1400 - Sampai makan tengahari
1500 - Training menuju puncak
1600 - Mandi dan terus pergi make up dan pakai baju
1800 - Pergi photo shoot
1900 - Make up check
2000 - Standby
2100 - Malam performance start



Persediaan Terakhir
Jumaat, 20 Mac 2009

0830 - Masuk akademi dan sarapan
0900 - Exercise ngan Cikgu Aris
1030 - Presentation kat principal
1230 - Siap untuk pergi solat Jumaat dan pergi ke tempat rehearsal
1500 - Sampai tempat perform
1530 - Buat training menuju puncak
1700 - Make up dan pakai baju
1900 - Make up check
2100 - Start rehearsal



Sound Check!
Khamis, 19 Mac 2009

8.30 pagi – masuk akademi dan sarapan
9.00 pagi – exercise ngan wat menuju puncak
1100 pagi – kelas vokal
1.00 pagi – makan tengahari
1.30 petang – Adam dating tengok Aril punye perform
2.00 petang – Nubhan datang untuk tengok Obri perform dan beri komen
4.00 petang - kelas Miss Ida The Gorgeous
6.00 petang - Interview untuk lagu
7.00 petang – Balik siap untuk sound check



Guideline Dari Cikgu Aris
Rabu, 18 Mac 2009

0900 - Masuk akademi dan sarapan
0930 - Exercise panaskan badan
1000 - Kelas vokal dengan cikgu Shafi
1245 - Makan tengahari
1300 - Aku tertidur sampai pukul 1400
1400 - Kelas vokal Cikgu Shafi ngan Cikgu Siti. Aku practice ngan Cikgu Shafi dan esok ngan Cikgu Siti
1700 - Kelas Cikgu Aris. Sorang-sorang perform depan dia dan dia akan bagi guideline untuk mantapkan persembahan
2000 - Sambung siapa yang belum perform
2100 - Practise tarian menuju puncak
2130 - Kelas tamat



Terlebey Suda
Selasa, 17 Mac 2009

8.30 – masuk akademi dan sarapan
9.00 – start kelas cikgu aris & perfectkan tarian Menuju Puncak
10.00 – mesyuarat tergempar. Rini down disebabkan percakapan Qhaud yang baginya kasar tetapi tak la kasar. Rini jek yang over lebih. Bak kata Stacy, terlebey suda.. hahaha
11.00 – kelas vokal cikgu Shafi tetapi sorang-sorang dipanggil untuk train vokal sebab time tu ada kelas ngan Cikgu Aris
1.00 – makan tengahari
2.00 – Kelas dengan pengetua
2.30 – Bertemu dengan pelakon Sayang You Can Dance iaitu Dafi ngan Nani. Best giler tapi frust lah abang Sidi tak dapat peluk dan pegang Nani. Hahaha
3,30 – kelas dengan Ida The Vogue
5.00 – kelas dengan cikgu ida
7.00 – makan malam



Tugasan Lagu Baru
Isnin,16 Mac 2009

0830 – Masuk akademi dan sarapan
0900 – Kitaorang jamming beramai-ramai
1000 – Preview and discuss pasal konsert lepas
1300 - diberi tugasan lagu baru
1330 – Makan tengahari
1400 – Kelas vokal
1700 – Kelas menari sampai pukul 10 malam



Tak Dapat Gi Spa
Ahad, 15 Mac 2009

10.00 – Sarapan
12.00 – Masuk akademi
1.00 – Makan tengah hari
2.00 – Kelas Cikgu Fatimah, aku sebab Sidi dapat ikut Hafiz g spa hahaha…tapi takper miggu depan turn aku lak pilih orang untuk g tempat reward…kuang3x..
5.00 – Kelas bersurai
7.00 – Makan malam
8.00 – Balik dorm



Konsert Pertama
Sabtu, 14 Mac 2009

10.00 pg - Sarapan
12.00 tgh hari – Pergi ke tempat konsert
2.00 ptg – Makan tengah hari
4.00 ptg – Make up
5.00 ptg – Siap pakai baju
6.00 ptg – Photo shoot
7.00 ptg – Make up check
9.00 mlm – Start konsert
12.00 mlm – Konsert habis

Saturday, March 14, 2009

Akim @ Konsert Minggu 1


{ Download MP3 Akim - Hatiku Kau Luka }


Kredit: Klubbkidd



Komen & Kritikan 1: Joe Klubbkidd
"...AKIM - Hatiku Kau Luka

Rating : **
Sayang.... Akim performed better than I expected, but not up to par with his potential. Kalao ikutkan, dia nih easily can be one of the best boys in the competition dengan pakej yang ada pada diri dia.

Kalao dia lebih fokus pada pembelajaran, aku yakin persembahan dia sudah lebih menyengat. All in all he did well enough."

Komen & Kritikan 2: Sultan Muzaffar

"...Akim dan Zizi saya letak di pertengahan. Kedua-duanya mempunyai kelainan vokal yang masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki. Di situ letaknya kelas vokal untuk melatih pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk menjadikan yang biasa itu satu luar biasa. Bezanya Zizi lebih berani di atas pentas berbanding Akim. Jika mereka dilatih, saya pasti Akim akan memiliki kedua-duanya sekali sekaligus menjadikannya lebih lengkap. Sayang sekali kerana Akim mempunyai tone vokal yang lebih sedap berbanding bekas pelajar Akademi Fantasia musim lalu. Jika kena gaya dan lagu yang bersesuaian dengan vokalnya, di tambah dengan elemen lain dalam seni persembahan pasti persembahan Akim lebih menjadi. Sementara Zizi, walaupun ada yang kata persembahannya lebih baik dari penyanyi Elyana, namun saya tidak terpaku di depan TV menonton persembahannya tadi."

Komen & Kritikan 3: Ajami Hashim

"Bagi saya, gubahan semula oleh Acis untuk lagu-lagu Hatiku Kau Luka (Akim) dan Jeritan Batinku (Obri) sangat baik kerana berjaya men-terkini-kan lagu itu sesuai dengan umur kedua-dua pelajar.. walaupun agak dikritik oleh Pengkritik Tetap pemilihan lagu-lagu itu, tetapi saya suka kerana sekurang-kurangnya budak-budak tu mengangkat semula popularitinya dalam rentak persembahan ala remaja.. namun apabila 'pemilihan' lagu-lagu evergreen itu dipertikaikan seolah-olah mengundang kekeliruan kepada para pelajar dan saya sendiri iaitu - apa salahnya mereka menyanyikan semula dengan rentak dan kesesuaian umur mereka sekali lagi?.. apakah nanti apabila semua pelajar menyanyikan lagu-lagu pop terkini sahaja maka akan timbul pula persoalan kenapa tidak cuba nyanyikan lagu-lagu lama?.. situasi ini sama juga seperti apabila Shiela, Syafinaz, Dayang dan KRU yang pernah me-remix-kan lagu-lagu evergreen dalam album tribute sebelum ini.."


Kredit: MrManager
Komen & Kritikan 4: Vernon - MrManager

"AKIM - Hatiku Kau Luka (Alleycats)

Tone: Biasa biasa je.
Performance: Confident. Maybe even a bit berangan.
Interpretation: Good acting. But the fake bits were pretty obvious.
Delivery: Pitch, time and breathing all ok. But he needs to work on his projection and support.
Entertainment: His moves were funny, and hence, entertaining.
Mr. Manager says: I'll be watching you closely because you seem the cocky type. Not good if you want to live long and peacefully in this industry.

2 STARS"

Komen & Kritikan 5: Fiebie - mentallydisturbed

"Akim Aiyakkk, apa le yang dia buat tu. Macam pelik tul dia atas stage. Pastu rambut dia tu kelakar nau rupanya, the whole package macam tak kena macam penyanyi cabaret je. Kongkang dan fake sangat. Sebab arrangement musicnya begitu jazzy, feel dia tak cukup untuk bawak jazz song. Dia tak mampu bawak lagu-lagu macam ni lagi.

Tapi sebab dia cute tak kisah lah. Tak lama lagi oke lah tu."

Komen & Kritikan 6: Badrul - Murai

"Akim cakap "anda akan menangis bila dengar lagu ni" Hmmmmmm... tak pun! i gelak golek-golek guling atas lantai ada lah... actually kalau i pejam mata, ada ketikanya i can appreciate his vocal a little bit... tapi bila i bukak mata and tengok gaya dia menyanyi, i jadik keliru... lagu 'hatiku kau luka' yang arrangementnya ada sedikit elemen bossanova dinyanyikan dengan alunan dangdut penuh "sempurna" oleh akim... half way, i dah tune off... in fact, i tune off until the commercial break... this was part of the show when i was entertained more by the tv commercials than the concert... ehh, that was Dafi in brands' ad... ehhhh, that was Dafi again in the coke's ad... eh, how come Dafi was not in hotlink's ad?!? Murah rezeki dafi, Alhamdulillah... respect his hardwork... i think Dafi antara bintang Akademi Fantasia yang cemerlang... semoga terus success... ehhhh, sorry, kita cakap pasal Akim kan, not Dafi... oh well, i have nothing else to say about Akim for this first concert... let us wait and see minggu depan macam mana... camni lah! camni lah!"

Komen & Kritikan 7: Kudsia - Murai

"Lagu Akim fresh, tapi plse tell him... cukur misai...

Akim plak pelajar seterusnya dengan lagu Hatiku Kau Luka. Interesting dan berani - arrangementnya ditukar sama-sekali, dan lagu pop-balada ini diberi nafas jazz pula. Vokal Akim pula ada keunikannya. It's a pity that pitchingnya lari at a few parts, tapi tidak begitu ketara seperti pelajar lain. But someone PLEASE tell him cukur misai nipisnya tu. He would look better clean-shaven. Anyway, I like this boy! And tahniah kepada arranger sekai lagi kerana berjaya menukar rentak lagu tersebut - you made it sound fresh."

Monday, March 9, 2009

Hatiku Kau Luka (Alleycats) - Minggu #1


Mengapa tak kau katakan dulu
Dirimu sudah berteman
Mengapa kau sanggup mempermainkan
Diriku yang setia

Kalau ku tahu kejamnya dikau
Tak mungkin aku tergoda
Kini apa yang telah terjadi
Kau musnahkan segalanya

Hatiku kau luka
Musnahlah segala harapan
Kini kau pergi tiada kata
Tinggal aku keseorangan

Semoga engkau akan berbahagia
Di samping orang yang kau puja
Biar aku menanggung derita
Selamat tinggal oh kasih

Akim @ Diari Minggu 1

Akim berlatih koreografi


Akim di bilik vokal


Akim berlatih lagu tugasan

Diari Harian Akim @ Minggu 1

Ter'Nangis
Khamis, 12 Mac 2009

9.00 am - Masuk akademi
9.15 am - Sarapan pagi
9.30 am - Kelas Cikgu Aris
1.00 pm - Makan tengahari
2.00 pm - Kelas vocal dan Cikgu Acis melihat kitorang nyanyi lagu masing-masing dan kitorang boleh bertanya di mana tempat yang kitorang keliru. Aku boleh lak nangis.
5.00 pm - Minum petang dan sambung kelas vocal.
6.00 pm - Balik bilik dan bersiap untuk g sound check
8.00 pm - Sound check
12.15 am - Abis sound check



Tambah Feeling
Rabu, 11 Mac 2009

9.00 – masuk akademi
9.05 – sarapan pagi
9.30 – masuk kelas vokal cikgu syafi, Siti. Banyak perlu dipraktikkan dan perlu banyak belajar dan kurangkan bermain
1.00 – makan tengah hari dan solat Zohor
2.00 - Pengetua berjumpa dengan semua pelajar dan memperkenalkan stylistnya dan kitorang semua memberitahu style yang diinginkan
3.00 – kelas Ida The Gorgeous kitorang belajar untuk feeling tentang lagu dengan lebih feel lagi. N kitorang belajar untuk create an expression
5.00 – Kelas tarian Cikgu Aris kitorang belajar step baru untuk lagu Akademi Fantasia
7.30 – Makan malam dan solat Maghrib
9.30 – kelas bersurai




Maksud Tersirat
Selasa, 10 Mac 2009

7.00 – Bangun dan mandi.
8.30 – Pergi ke Akademi.
9.30 – Masuk ke kelas Cikgu Siti dan Cikgu Syafie.
1.00 – Pengetua datang ke Akademi dan memberi penjelasan tentang tujuh syarat yang d dikatakan dan memberi kerja rumah.
2.00 – Makan tengahari.
2.30 – Kelas Aida the Gorgeous mengajar untuk mengetahui maksud tersirat lagu can cara express feeling dengan betul.
5.00 – Kelas tarian Cikgu Aris dan belajar pergerakan-pergerakan baru.
7.00 – Makan malam.
8.00 – Balik Akademi



Hatiku Kau Luka
Isnin, 9 Mac 2009

6.00 pg – bangun dan mandi
6.30 pg – gi akademi dan duduk kat dance floor
9.15 pg – makan pagi
9.30 pg – Cikgu Fatimah memberi ucapan ringkas
10.00 pg – Adila terlanggar kaca
11.00 pg – Pengetua Datin Seri Jaquelina masuk menemui pelajar akademi buat kali pertama dan memberi ucapan
12.00 pg – Pengetua memberi tugasan pertama dengan memberi lagu yang disukai dan aku dapat lagu Hatiku Kau Luka
1.00 ptg – Makan tengah hari
1.30 ptg – solat Zohor
2.00 ptg – Kelas vokal Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Shafi
5.00 ptg – Kelas menari
6.15 ptg – break Solat
6.30 ptg – sambung kelas menari dan sebelum itu cikgu Aris membagi-bagikan handphone seorang satu untuk practice lagu
7.00 ptg – stop kelas menari dan g makan malam
7.30 ptg - balik ke dorm
8.00 mlm – mandi dan solat Maghrib
8.30 mlm – solat Isyak
8.45 mlm - lepak sampai pukul 11.00pm
11.00 mlm – tido
Akim AF7



Sambutan Maulidur Rasul
Ahad, 8 Mac 2009

2.00 ptg – datang ke akademi buat pertama kali
2.10 ptg – dibawa ke bilik atau hostel untuk pelajar
2.15 ptg– dibawa ke tempat belajar dan menyambut Maulidur Rasul bersama kumpulan Rabbani, Mawi, Cikgu Fatimah dan Ustaz Akhil
3.00 ptg – Makan tengah hari bersama tetamu
3.30 ptg – di bawa pusing melihat kelas-kelas yang terdapat di Akademi
5.00 ptg – minum petang
5.30 ptg – balik ke hostel dan kemas barang
6.30 ptg – makan malam
8.00 ptg - solat Maghrib
8.30 mlm – Solat Isyak

Wednesday, March 4, 2009

Profil Afiq Hakim Ahmad (Akim) @ Astro

AFUNDI AKIM KE 32999

Nama Penuh :

Afiq Hakim bin Ahmad

Nama Manja :
Akem

Umur:
18 Tahun

Tarikh Lahir :
18 Januari 1991

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Bujang

Asal
Johor

Tinggi
179 cm

Berat
65 kg

Hobi
Bermain bola sepak

Pengalaman bidang hiburan
Pernah menyertai sebuah rancangan realiti

Penyanyi Idola
Jason Mraz

Impian
Menjadi penyanyi

Adik-beradik
Ketiga daripada empat beradik

Deskripsi: Jejaka lepasan SPM dari Johor ini begitu teruja untuk mengabdikan diri dalam dunia hiburan tanah air. Mempunyai bakat dan kesungguhan yang tinggi untuk memajukan diri. Kepayahan masa lalu menjadikannya seorang yang berjiwa kental

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Menyanyi pada umur 7 tahun dan ibu saya menyuruh supaya jangan menyanyi kerana suara saya sumbang.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Bermain bola dan bermain gitar (sikit-sikit)

Apakah matlamat hidup anda?
Berjaya dalam hidup dan menjadi penyanyi.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Stacy kerana dia mempunyai stamina atau tenaga yang luar biasa.

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada.

Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Mendapat motorsikal.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Mengambil peperiksaan SPM

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Berpindah ke rumah baru kerana penat memunggah barang.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008
Kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa
Pilihan Raya Umum

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Mencari kerja dan menunggu surat kemasukan atau sambung belajar.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Menghalau Israel dari bumi Palestin.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Memajukan pasukan bola sepak Malaysia, kerana bola sepak Malaysia jauh ketinggalan dan cara permainan yang lapuk.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (1 sahaja) Kenapa?
Ibu, sebab dia susah payah membesarkan saya.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Kucing dan namanya Tom sebab saya suka kucing.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Saya nak jadi Helang, sebab dapat terbang tinggi dan tiada bahaya dari pemangsa.

Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Bakat nyanyian
Berkeyakinan tinggi
Bersungguh-sungguh

Profil Afiq Hakim Ahmad (Akim) @ Murai.Com.My

NAMA PENUH: AFIQ HAKIM BIN AHMAD

ASAL: JOHOR BAHRU

TARIKH LAHIR: 18/01/91

BANGSA: MELAYU

STATUS: BUJANG

AGAMA: ISLAM

PEKERJAAN: LEPASAN SPM