akim@myspace

PEMBERITAHUAN

akimfans yg nak minta letak blog-link kat sini, sila bagi kat kotak komen entri 'terima kasih' di bawah!..satu lagi, kpd suma yg chatting kat chatbox/chatango, SILA JANGAN GADUH2 atau PROVOKASI yg bukan2! peace all! muahhh!

Wednesday, March 4, 2009

Profil Afiq Hakim Ahmad (Akim) @ Astro

AFUNDI AKIM KE 32999

Nama Penuh :

Afiq Hakim bin Ahmad

Nama Manja :
Akem

Umur:
18 Tahun

Tarikh Lahir :
18 Januari 1991

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Bujang

Asal
Johor

Tinggi
179 cm

Berat
65 kg

Hobi
Bermain bola sepak

Pengalaman bidang hiburan
Pernah menyertai sebuah rancangan realiti

Penyanyi Idola
Jason Mraz

Impian
Menjadi penyanyi

Adik-beradik
Ketiga daripada empat beradik

Deskripsi: Jejaka lepasan SPM dari Johor ini begitu teruja untuk mengabdikan diri dalam dunia hiburan tanah air. Mempunyai bakat dan kesungguhan yang tinggi untuk memajukan diri. Kepayahan masa lalu menjadikannya seorang yang berjiwa kental

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Menyanyi pada umur 7 tahun dan ibu saya menyuruh supaya jangan menyanyi kerana suara saya sumbang.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Bermain bola dan bermain gitar (sikit-sikit)

Apakah matlamat hidup anda?
Berjaya dalam hidup dan menjadi penyanyi.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Stacy kerana dia mempunyai stamina atau tenaga yang luar biasa.

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada.

Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Mendapat motorsikal.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Mengambil peperiksaan SPM

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Berpindah ke rumah baru kerana penat memunggah barang.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008
Kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa
Pilihan Raya Umum

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Mencari kerja dan menunggu surat kemasukan atau sambung belajar.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Menghalau Israel dari bumi Palestin.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Memajukan pasukan bola sepak Malaysia, kerana bola sepak Malaysia jauh ketinggalan dan cara permainan yang lapuk.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (1 sahaja) Kenapa?
Ibu, sebab dia susah payah membesarkan saya.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Kucing dan namanya Tom sebab saya suka kucing.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Saya nak jadi Helang, sebab dapat terbang tinggi dan tiada bahaya dari pemangsa.

Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Bakat nyanyian
Berkeyakinan tinggi
Bersungguh-sungguh