akim@myspace

PEMBERITAHUAN

akimfans yg nak minta letak blog-link kat sini, sila bagi kat kotak komen entri 'terima kasih' di bawah!..satu lagi, kpd suma yg chatting kat chatbox/chatango, SILA JANGAN GADUH2 atau PROVOKASI yg bukan2! peace all! muahhh!

Monday, April 27, 2009

Tugasan Minggu #8 - Titah Sultan (PGLM)

{ Download Mp3 Titah Sultan }

Titah Sultan (PGLM)

Dari daulat dan kuasa
jadi Sultan Mahmud Melaka
Memang raja, tetap raja !
Hanya niat, dah jadi nyata

Bagai intan dan permata
Bagai pinang dibelah dua
Putri Jawa untuk beta
Bagai bulan jatuh ke riba

Gunung tak terlalu tinggi
Titahku akan mendaki
Dan Ledang kelak akan
bersujud di kaki takhta....Melaka

Segerakan peminangan
Niat baik usah lengahkan
Andai beta bahagia
Yang beruntung Melaka juga

Gunung tak terlalu tinggi
Perintah akan mendaki
Dan Ledang kelak akan
bersujud di kaki takhta....Melaka

Dari daulat dan kuasa
jadi Sultan Mahmud Melaka
Memang raja tetap raja!
Hanya niat, dah jadi nyata


* Kredit: SaVilara@Cari & SultanMuzaffar

Friday, April 24, 2009

Jingle Nokia ciptaan Akim



{ Download lagu Jingle Nokia ciptaan Akim }

Kau yg jauh dariku
Pengubat rindu hatiku
Terkesima ku melihatmu
Walau berjauh darimu

Kau dekat di hatiku
Kau dekat di hatiku
Kau dekat di...hatiku...ooo..

Monday, April 20, 2009

Tugasan Minggu #7 - Situasi (Bunkface)



Situasi (Bunkface)

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
Dan aku, ku layu
Disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

Korus
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
Tuk menggapai bintang
Terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
Engkaulah, destinasiku
Dalam ingatanku .. oh oh oh...

Kerana diri ini tak daya lagi
Menempuh hidup yang ku temui
Dan aku, ku tunggu .. oh oh oh
Disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

Ulang Korus

Saturday, April 18, 2009

Akim @ Konsert Minggu 6



{ Download MP3 Akim - Aurora }


Kredit: Klubbkidd.com



Komen & Kritikan 1: Adi Luqman

"...AKIM - AURORA

I personally think that key was a bit low for him. Dia Nampak macam membaca instead of singing. It was definitely not his best performance; in fact it was one of his weakest. He seems uncomfortable and out of place. Poor boy. Have to work harder!

Ad says : This is not your week. Buck up!!!"

Monday, April 13, 2009

Tugasan Minggu #6 - Aurora (Estranged)



Aurora (Estranged)

Aurora oh Aurora
penting kah kamu itu
kenapa aku terbeku

Aurora terlalu disanjungi
telah di tanya mengapa
kutatap berseri berwarna hijau
yg menawan sanubari

walaupun jauh..kamu dekat di hati
pandang aku menanti mu
Aurora kamu memberi, kembali mencari

Aurora oh Aurora
dari manakah kamu
kekal kamu sungguh jauh

Aurora oh Aurora
tidak ada gunimu
sanggup aku tetap menunggu

terdiam kerana berwarna ungu
kuputuskan biar bisu

walaupun jauh..kamu dekat di hati
pandang aku menanti mu
Aurora kamu memberi, kembali mencari

Malam ini aku sendiri
menumpu langit sambil berkata
gembira kamu di sana

nota lutut: lagu rancak lagi.. haihhhh..

Sunday, April 12, 2009

Akim @ Konsert Minggu 5



{ Download MP3 Akim & Farah - Jika Kau Tiada }


Kredit: Klubbkidd.com


Kredit: Sultanmuzaffar



Komen & Kritikan 1: Kudsia - Murai

"...Second on the list adalah Akim dengan lagu Jika Kau Tiada yang dibawakan bersama Farah. Eh? Tudung Farah dah hilang? Nevermind. Itu hal dia. I like Akim's voice (again) and he has potential. Sure, pitching is not perfect 100% but at least he doesn't sound like anyone else in AF right now. Kalau dilatih dengan baik Akim boleh pergi jauh (again, I tak tengok Diari so all these comments pasal ampu ke abenda ke tak tahu and frankly tak kisah). Sayang the ending could have been better, impak kureng. Plus pergerakan sometimes macam Akim unsure of himself and trying to remember how many steps to the left, to the right, kedepan, kebelakang...Anyway enough with "Korean" comments la, dah lapuk dah. Markah potensi yang digunakan: 6.5/10."

Komen & Kritikan 2: Joe Klubbkidd

"...AKIM & Farah - Jika Kau Tiada
Rating : **1/2

Ni serious satu agik lagu aku tak berkenan at all.
But overall, Akim impressed me and kept the song interesting to listen to.
Cuma kesian, sebab rupa dia jambu, ramai terus dismiss him. Tapi kan sebenarnya, kalao banding ngan stok bebudak pelajar laki yang rupa jambu ni dalam sejarah Akademi Fantasia - dia ni actually has talent and a voice which has progressed much in the recent weeks.
Takde la sumbang angsa bagai walaopon rupa jambu, so kira soal rupa tuh bukan handicap patutnya, tapi asset.
Minor problems ngan sora (glad sora dia da tak getar ngan tremolo overdose yang ada sejak dia wat lagu Anak Gembala), tapi memang physically he has the challenge to work on his body language, which makes him look like he's still uncomfortable on stage and also a little problem ngan feel sikit.
A serious contender due to consistency and fan following as well as commercial appeal."

Komen & Kritikan 3: Adi Luqman

"...AKIM feat. FARAH – JIKA KAU TIADA

I like this song. I like this duet. But something is lacking. Hmmm...

Adibah was right. Akim has a beautiful tone but he doesn’t know how to color it. He paints his voice wrongly. Macam suara rempit pun ada. He still needs to work on his gestures and stage movements. Very the keras and very the unnatural. Work harder young boy!

Ad says: Acceptable."

Komen & Kritikan 4: Fiebie - mentallydisturbed

"...Akim & Farah
Tak banyak nak komen pasal lagu ini mungkin sebab la ni tak le sedap mana pun. Tapi bila dok fikirkan Yursi dan Erra Fazira patutnya Akim dan Farah patutnya sound better. They did actually, sebab dorang nyanyi life. Cuba suruh Yusri dan Erra nyanyi life, macamana le rupanya ya.

Tapi one thing for sure, Akim nampak dah sangat selesa dengan stage, dan dia tak kisah pun pergerakan tahap binatang dia tu, sebab dia control the crowd and the crowd loves him. Infact kalau bagi sapa pun duet dengan Akim, orang akan tumpukan kat dia. While the audiens like him, the voters pulak belum boleh terima his charisma, if he has any.



Tapi Akim is always fun to see. And if they said, they are not looking for a singer, they are looking for an entertainer, this budding 18 year old singer can surely entertain.

3 biji buah pear dan 2 batang saderi"

Komen & Kritikan 5: Saniboey - akubimbo

"6. Lagu: Jika Kau Tiada

Penyanyi: Akim & Farah

Asal: Erra Fazira & Yusry KRU

Sama nasib dengan Hafiz dan Mila, bagi aku Akim dan Farah tidak meninggalkan sebarang kesan dengan nyanyian mereka. They were not fantastic but then, they were not bad at all. The song gave a good mood to the crowd and they themselves didn't f**k the song."


Komen & Kritikan 6: Sultanmuzaffar

"Vokal : Tiada peningkatan, persembahan minggu keempat lebih baik. Graf prestasi Akim agak turun naik.

Penghayatan : Agak setara penghayatannya dari minggu keempat, nampak bersungguh-sungguh.

Pergerakan : Menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.

Elemen Hiburan : Chemistry pasangan ini menjadi elemen hiburan selain tarian Akim yang melucukan. "


Komen & Kritikan 7: Mr Manager

"Another pairing that worked well. Akim was straight in with emotions and all though Farah took her time warming up. They pushed the levels up as they worked their way through the song. He was pretty much in tune. So was she. Their voices blended well. But it still came across as lacklustre, lacking real chemistry.

3 STARS TO AKIM"


Komen & Kritikan 8: Badrul - Murai

"Akim (Jika Kau Tiada)

1. Better dressing. Akim nampak kemas and yet trendy.

2. Walaupun lagu duet, Akim tidak tenggelam dengan Farah dan nampak dia sentiasa lead the way.

3. Nyanyian macam lagu mereka berdua.

4. Movement improve banyak (walaupun I masih rasa nak bedung tangan dia muahahaha)

5. Akim nampak sangat comfortable.

6. Banyak dah nih I afundi si Akim nih."

Saturday, April 11, 2009

AKIM Family & Fans 2nd Weekly Concert Gathering!


TEMPAT
Kafe Stadium Bukit Jalil

TARIKH
11 april 09, sabtu

MASA
5 ptg

ACARA
makan-makan & beramah-mesra!
*mama akim akan masak juadah bawak dari johor! huhu!

Friday, April 10, 2009

Kritikan Ikhlas Ayah Untuk Akim AF7

Dipetik dari www.Murai.com.my
Teks oleh Razif Rosdi

Foto Mazlan Yunos


Tahun ini, gelaran pelajar lelaki paling muda Akademi Fantasia 7 (AF7) dipegang oleh jejaka kacak dari Selatan iaitu Afiq Akim Ahmad atau Akim, 18. Anak muda yang baru saja ditransformasikan gaya rambutnya pada konsert minggu lalu dengan gaya lebih kemas dan diumumkan sebagai pelajar terbaik minggu yang sama.

Untuk mengenali dengan lebih dekat siapa Akim sebenarnya, murai.com.my berjaya menghubungi ayahnya, Ahmad Sulaiman yang tidak lokek berkongsi cerita anak ketiganya itu.

"Akim seorang yang periang dan peramah. Walaupun orang nampak dia agak agresif dalam akademi tapi hatinya lembut. Malah, Akim bukannya orang yang suka cakap belakang. Kalau dia tak puas hati dia akan terus luahkan isi hatinya itu. Tapi dia memang mudah mesra," ujar ayah Akim.

Selain itu, Pak Ahmad juga ada kritikan tersendiri untuk anaknya memandangkan dia sebelum ini pernah bergelar penyanyi di usia mudanya.

Pak Ahmad berkata, dia tertarik dengan prestasi anaknya menyanyi di pentas. Namun, dia akuinya anaknya itu masih belum pandai mengawal mikrofon ketika mendendangkan lagu rancak yang memaksanya untuk menari.

Sementara itu, Pak Ahmad mengakui bahawa Akim adalah anak saudara kepada penyanyi 1980-an dan 1990-an iaitu Sofie S serta pemain bass kumpulan Mega iaitu Mat Mega atau nama sebenarnya, Mohamad Sulaiman.

"Akim tak pernah ada sesiapa saudara mara yang pernah masuk AF sebelum ini. Dia bukanlah sepupu Fitri AF2 seperti yang digembar-gemburkan. Namun, dia memang ada pertalian dengan Mat Mega dan Sofie S. Mereka berdua ini adalah adik saya," katanya.

Ditanya mengenai harapan si ayah untuk anak terunanya itu, beliau menjawab:

"Saya harap Akim boleh sampai ke final. Saya tak kisah orang nak cakap apa tentang anak saya. Saya dah ada pengalaman macam ini oleh sebab adik saya 2 orang dulu juga artis.

"Terus-terang saya suka AF sebab perkataan akademi. Segala macam tentu ilmu nyanyian boleh dapat dalam akademi. Tapi kalah menang saya tak kisah. Kalau ada rezeki Insya-Allah dia boleh berjaya. Apapun, terima kasih kepada semua peminat Akim yang banyak menyokongnya," kata Pak Ahmad.



Menarik tentang Akim sekeluarga...
1. Anak muda yang aktif sukan dan suka bermain bola sepak. Dia pernah mewakili sekolah untuk peringkat MSSN.
2. Selain bola sepak, Akim juga pernah mewakili sekolah ke Sabah untuk sukan sofball.
3. Walaupun tarian sering dapat kritikan, Akim pernah menjadi penari zapin sewaktu di sekolah rendah.
4. Memandangkan Akim baru tamat SPM, famili sudah merancang untuknya sambung belajar. Ayah Akim tak halang anak
menyanyi asalkan pelajaran tidak diabaikan.
5. Tidak dinafikan Akim mendapat bakat nyanyian dari ayahnya yang pernah menjadi penyanyi untuk Kumpulan
Pancaragam Adik Beradik pada tahun 1978..
6. Ayahnya juga pernah menjadi artis residen untuk Radio Malaysia Johor.
7. Kalau Akim menyertai AF ayahnya pernah menyertai Bintang RTM.
8. Akim juga sangat rapat dengan Mat Mega dan Sofie S yang pernah merakamkan banyak album.
9. Ayah Akim kini bertugas sebagai penyelia di Pusat Pos Laju, Larkin, Johor Bahru.
10. Akim merupakan anak ketiga dari 4 orang adik-beradik. Dia mempunyai seorang abang, kakak dan adik lelaki.
11. Sebelum ini Akim pernah bersekolah di Sekolah Johor Jaya.
12. Akim tidak merokok dan inilah petua ayah Akim jika mahu jadi penyanyi jangan merokok.
13. Akim juga pandai berlawak dan mempunyai kawan yang ramai.
14. Akim adalah penyeri di rumahnya. Ketiadaannya membuatkan rumahnya sunyi sepi.
15. Akim seorang penyayang dan sangat rapat serta rajin berborak dengan ibunya.

Monday, April 6, 2009

Tugasan Minggu #5 - Jika Kau Tiada (Yusry & Erra Fazira)



Jika Kau Tiada (Yusry & Erra Fazira)

suatu ketika dahulu
ku tersesat dalam hidup
sehingga muncul menjelma rasa sayang kepadamu

rupanya inilah cinta
nikmatnya baru ku rasa
tak terbayang bagaimana hidup jika kau tiada

jika kau tiada
pada siapakan ku dendang syair cinta
dan dakapan mana harus ku bersandar
meraih kasih yang ku perlu
jika kau tiada
wajah siapa harus ku tenung bila mencari ketenangan
arakian suara siapakah kan membisikkan kata -kata cinta

tak tersusunnya kata
azimat kau kau bawa pastinya ku kan sengsara oh..jika kau tiada

chorus
takku kenal cinta sebelum kau hadir tak ku tahu erti rindu
kini doa ku termakbul ..ku tagih cinta mu selalu
walau ramai ku kenali tiada seikhlasmu kasih
kalam sayang kau ku cinta
hanya nyawa kan bisa memisahkan kita..mamisahkan kita

jika kau tiada
hilanglah bintang di langit yang berkelip memelita malam yang hiba
hilanglah keajaiban didunia
jika kau tiada
sentuhan siapa yang mampu menyembuh luka dihatiku
lantarannya tawar naluri hati untuk jatuh cinta lagi..
jikalau ku termampu memiliki dunia
pastinya ku kan sengsara oh jika kau tiada

(ulang chorus)

akimfan.blogspot.com @ AKSI #5

KREDIT: Juan Danza & majalah AKSI AF

Diari Harian Akim @ Minggu 5

Gaya Persembahan
Selasa, 7 April 2009

Masuk Akademi & terus wat exercise lepas tu wat Menuju Puncak then baru makan
Kelas vokal ngan Cikgu Shafie & cikgu Siti
Break for lunch & pas lunch Cikgu Shafie panggil untuk dengar lagu
Kelas cikgu Ida The Gorgeous
Kelas baru. Ini kelas untuk membincang tentang gaya persembahan yang akan dilakukan oleh student pada Sabtu ini
Kelas cikgu Aris & sorang-sorang dia panggil untuk tengok idea student
Kelas tutup



67KG!
Isnin, 6 April 2009

Masuk Akademi timbang berat. Berat badan aku naik 67kg and lepas tu mamam..
Dapat lagu tugasan baru & aku dapat lagu Jika Kau Tiada. Urm.. k la besh la lagu tu.. pastu tengok perfomance minggu lepas. Makan tengah hari tibe-tibe Arie nie Brad Pit ley cakap lak.. hahaha
Kelas Miss Ida The Gorgeous
Kelas tarian Cikgu Aris
Alek asrama



Segala Kesungguhan Terbalas
Ahad, 5 April 2009.

Masuk akademi dan makan. Kelas Cikgu Fati dan minggu nie besh giler aku dapat jadi pelajar cemerlang. Segala kesungguhan aku terbalas gak. Best dapat gi tengok F1 aku ajak Yazid, Qhaud, ngan Aril. Mi Sedap wat competition memasak untuk student. At last diorang datang bawak awek 2 orang.. Cun giler. Kemas pastu siap gi tengok F1. Sampai Sepang teruja giler. Memang first time gi sane. Race start and best tengok F1 dekat-dekat.

Sunday, April 5, 2009

Akim @ Konsert Minggu 4



{ Download MP3 Akim - Destinasi Cinta }


Kredit: SultanMuzaffar




Komen & Kritikan 1: Sultan Muzaffar

"...AKIM – Destinasi Cinta

Amat meyakinkan dan saya lihat banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh Akim. Persembahan vokalnya baik. Begitu juga dari aspek persembahan pentas. Saya harus akur dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Siti Nurhaliza yang mana beliau melihat tumpuan Akim ditumpukan kepada vokal dan pergerakannya lebih berhati-hati. Walaupun pergerakan tariannya tidak begitu selari dengan penari latar, namun ia satu percubaan yang terbaik diberikan oleh Akim. Persembahannya di bahagian pertama, kedua dan korus dirancang dengan baik. Selepas korus, Akim mengulangi gerak-gerak badan lamanya yang dia sudah biasa. Mungkin kerana sudah terlalu penat mengingati gerak yang perlu diikut. Saya rasa saya mahu melihat Akim membawakan lagu balada atau pun lagu rancak kerana keupayaan vokal ada pada Akim begitu juga elemen hiburan untuk melihatnya menari. Saya berharap dia akan diberikan tugasan yang lebih mencabar minggu depan."

Komen & Kritikan 2: Badrul - Murai

"...Akim (Destinasi Cinta)

Wow! I'm impressed with tone suara Akim yang semakin lama semakin mendapat tempat in my ears and my heart. Walaupun movement dia masih nampak macam robot tapi tidak janggal macam selalu. I love his vocal dan dia maintain stamina dia dari awal sampai habis lagu. Seriously, as though Akim baru jer masuk dalam competition nih. Persembahan dia malam nih I akan ingat.

Badrul's weekly word: "Akim" - adalah seorang yang anda patut berikan perhatian untuk menjadi salah seorang finalis dalam Akademi Fantasia musim ketujuh."

Komen & Kritikan 3: Kudsia - Murai

"...Seorang lagi pelajar lelaki membuat persembahan - Akim. Destinasi Cinta menjadi lagu persembahannya and you know what? I like the fact that setiap minggu Akim mencuba sesuatu yang baru, this week, it was his hair. This boy can go far, sebab he understands that seseorang penghibur constantly needs to re-invent himself to stay interesting and relevant. Akim nampak like he was having fun. Oops - did he just forget the words or was it the mike yang tak tangkap? Anyway I setuju dengan Adlin, koreografi malam ni untuk Akim agak kekok. Still I liked him tonight. Markah potensi yang digunakan: 6/10."

Komen & Kritikan 4: Aunty Jade @ MrManager's Blog

"...Akim

You know in the mid 80s there was a very stylish performer named Vanilla Ice. Well Akim embodied Mr Ice’s steely demeanour and penetrating gaze. However, too bad for Akim he is gawky, lacks any co-ordination and just about 20 pounds underweight – probably from missing too many PE classes in his youth? Aunty Jade is drawn to his potential though, and he would wear his clothes a LOT better if he FILLED them. 100 push-ups a day Aunty Jade says..."

Komen & Kritikan 5: Vernon - MrManager

"...GEGIRL! As much as I thought AC's jibe was a little embarrassing for Akim, I must agree that it tickled me. And how did Akim do with the song? Put it this way. Every drag queen in the hall and watching at home were singing along with him! And that means Akim sold the song hook, line and sinker! Technically almost flawless, but his physical moves really need working on. Having said that, I can't help feeling that the entire performance was hadek hadek sangat. Makan hati Roslan Shah.

4 STARS"

Komen & Kritikan 6: Fiebie - mentallydisturbed

"...AKIM – Destinasi Cinta

Kenapa kita tengok muka dia kan, lama-lama rasa muka dia macam pelakon drama yang selalu belakon kat cerekarama tu. Alah yang pernah berlakon dengan Raja Azura berebutkan laki, pastu dia jadi gila sebab dia kurang ajar ngan mak dia, pastu dia baling nasik goreng kat mak dia tu. Tak ingat lak nama.

Suara abang ni biasa je, tapi show dia macam best lak tengok. Dia ada stage presence. Walaupun kongkang dia masih nampak lagi, tapi dia jenis selamba badak dan dia tak terlalu berkira dalam pergerakkan dia macam pelajar-pelajar lain. Jadi dia nampak natural walaupun pelik. Persembahan dia nampak Ikhlas dan nampak dia begitu enjoy dengan lagu yang dia nyanyikan.

Tapi boleh tak sapa-sapa suruh dia pasang balik misai dia, sebab nampak pelik lah tengok mulut dia boleh jadi tempat letak hanger baju tu. Rasanya dia nampak lagi cute dengan misai tu.

Kita kasi abang ni 4 batang saderi dan satu biji tomato."

Thursday, April 2, 2009

1st GAFIM @ AKIM FC Gathering

Gathering pertama GAFIM @ AKIM FC akan diadakan pada hari Sabtu ini, bersamaan dengan 4 April 2009.
Setelah dipersetujui, 1st gath Akim FC bersama keluarga Akim akan berlangsung pada:

Masa: 5 petang
Tempat: Cafe Kompleks Sukan Bukit Jalil

p/s: Apa kata kita wat pot luck sekalik? bawak la benda leh kunyah2...

Kredit: Opahcikcur @ Forum Cari.