akim@myspace

PEMBERITAHUAN

akimfans yg nak minta letak blog-link kat sini, sila bagi kat kotak komen entri 'terima kasih' di bawah!..satu lagi, kpd suma yg chatting kat chatbox/chatango, SILA JANGAN GADUH2 atau PROVOKASI yg bukan2! peace all! muahhh!

Sunday, April 5, 2009

Akim @ Konsert Minggu 4



{ Download MP3 Akim - Destinasi Cinta }


Kredit: SultanMuzaffar




Komen & Kritikan 1: Sultan Muzaffar

"...AKIM – Destinasi Cinta

Amat meyakinkan dan saya lihat banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh Akim. Persembahan vokalnya baik. Begitu juga dari aspek persembahan pentas. Saya harus akur dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Siti Nurhaliza yang mana beliau melihat tumpuan Akim ditumpukan kepada vokal dan pergerakannya lebih berhati-hati. Walaupun pergerakan tariannya tidak begitu selari dengan penari latar, namun ia satu percubaan yang terbaik diberikan oleh Akim. Persembahannya di bahagian pertama, kedua dan korus dirancang dengan baik. Selepas korus, Akim mengulangi gerak-gerak badan lamanya yang dia sudah biasa. Mungkin kerana sudah terlalu penat mengingati gerak yang perlu diikut. Saya rasa saya mahu melihat Akim membawakan lagu balada atau pun lagu rancak kerana keupayaan vokal ada pada Akim begitu juga elemen hiburan untuk melihatnya menari. Saya berharap dia akan diberikan tugasan yang lebih mencabar minggu depan."

Komen & Kritikan 2: Badrul - Murai

"...Akim (Destinasi Cinta)

Wow! I'm impressed with tone suara Akim yang semakin lama semakin mendapat tempat in my ears and my heart. Walaupun movement dia masih nampak macam robot tapi tidak janggal macam selalu. I love his vocal dan dia maintain stamina dia dari awal sampai habis lagu. Seriously, as though Akim baru jer masuk dalam competition nih. Persembahan dia malam nih I akan ingat.

Badrul's weekly word: "Akim" - adalah seorang yang anda patut berikan perhatian untuk menjadi salah seorang finalis dalam Akademi Fantasia musim ketujuh."

Komen & Kritikan 3: Kudsia - Murai

"...Seorang lagi pelajar lelaki membuat persembahan - Akim. Destinasi Cinta menjadi lagu persembahannya and you know what? I like the fact that setiap minggu Akim mencuba sesuatu yang baru, this week, it was his hair. This boy can go far, sebab he understands that seseorang penghibur constantly needs to re-invent himself to stay interesting and relevant. Akim nampak like he was having fun. Oops - did he just forget the words or was it the mike yang tak tangkap? Anyway I setuju dengan Adlin, koreografi malam ni untuk Akim agak kekok. Still I liked him tonight. Markah potensi yang digunakan: 6/10."

Komen & Kritikan 4: Aunty Jade @ MrManager's Blog

"...Akim

You know in the mid 80s there was a very stylish performer named Vanilla Ice. Well Akim embodied Mr Ice’s steely demeanour and penetrating gaze. However, too bad for Akim he is gawky, lacks any co-ordination and just about 20 pounds underweight – probably from missing too many PE classes in his youth? Aunty Jade is drawn to his potential though, and he would wear his clothes a LOT better if he FILLED them. 100 push-ups a day Aunty Jade says..."

Komen & Kritikan 5: Vernon - MrManager

"...GEGIRL! As much as I thought AC's jibe was a little embarrassing for Akim, I must agree that it tickled me. And how did Akim do with the song? Put it this way. Every drag queen in the hall and watching at home were singing along with him! And that means Akim sold the song hook, line and sinker! Technically almost flawless, but his physical moves really need working on. Having said that, I can't help feeling that the entire performance was hadek hadek sangat. Makan hati Roslan Shah.

4 STARS"

Komen & Kritikan 6: Fiebie - mentallydisturbed

"...AKIM – Destinasi Cinta

Kenapa kita tengok muka dia kan, lama-lama rasa muka dia macam pelakon drama yang selalu belakon kat cerekarama tu. Alah yang pernah berlakon dengan Raja Azura berebutkan laki, pastu dia jadi gila sebab dia kurang ajar ngan mak dia, pastu dia baling nasik goreng kat mak dia tu. Tak ingat lak nama.

Suara abang ni biasa je, tapi show dia macam best lak tengok. Dia ada stage presence. Walaupun kongkang dia masih nampak lagi, tapi dia jenis selamba badak dan dia tak terlalu berkira dalam pergerakkan dia macam pelajar-pelajar lain. Jadi dia nampak natural walaupun pelik. Persembahan dia nampak Ikhlas dan nampak dia begitu enjoy dengan lagu yang dia nyanyikan.

Tapi boleh tak sapa-sapa suruh dia pasang balik misai dia, sebab nampak pelik lah tengok mulut dia boleh jadi tempat letak hanger baju tu. Rasanya dia nampak lagi cute dengan misai tu.

Kita kasi abang ni 4 batang saderi dan satu biji tomato."

3 comments:

syazwan Hairey said...

terbaik la akim pada konsert 4 ni..
terbaik la akim 09

YeastIsDead said...

sukalah. akim nyanyi best jer
rambut dia smlm pun wat dia tmbh kiutt

AENdot said...

btul btul btul .
dye comel ohh rmbut baru
hahah gatal aku ni :PP