akim@myspace

PEMBERITAHUAN

akimfans yg nak minta letak blog-link kat sini, sila bagi kat kotak komen entri 'terima kasih' di bawah!..satu lagi, kpd suma yg chatting kat chatbox/chatango, SILA JANGAN GADUH2 atau PROVOKASI yg bukan2! peace all! muahhh!

Friday, April 10, 2009

Kritikan Ikhlas Ayah Untuk Akim AF7

Dipetik dari www.Murai.com.my
Teks oleh Razif Rosdi

Foto Mazlan Yunos


Tahun ini, gelaran pelajar lelaki paling muda Akademi Fantasia 7 (AF7) dipegang oleh jejaka kacak dari Selatan iaitu Afiq Akim Ahmad atau Akim, 18. Anak muda yang baru saja ditransformasikan gaya rambutnya pada konsert minggu lalu dengan gaya lebih kemas dan diumumkan sebagai pelajar terbaik minggu yang sama.

Untuk mengenali dengan lebih dekat siapa Akim sebenarnya, murai.com.my berjaya menghubungi ayahnya, Ahmad Sulaiman yang tidak lokek berkongsi cerita anak ketiganya itu.

"Akim seorang yang periang dan peramah. Walaupun orang nampak dia agak agresif dalam akademi tapi hatinya lembut. Malah, Akim bukannya orang yang suka cakap belakang. Kalau dia tak puas hati dia akan terus luahkan isi hatinya itu. Tapi dia memang mudah mesra," ujar ayah Akim.

Selain itu, Pak Ahmad juga ada kritikan tersendiri untuk anaknya memandangkan dia sebelum ini pernah bergelar penyanyi di usia mudanya.

Pak Ahmad berkata, dia tertarik dengan prestasi anaknya menyanyi di pentas. Namun, dia akuinya anaknya itu masih belum pandai mengawal mikrofon ketika mendendangkan lagu rancak yang memaksanya untuk menari.

Sementara itu, Pak Ahmad mengakui bahawa Akim adalah anak saudara kepada penyanyi 1980-an dan 1990-an iaitu Sofie S serta pemain bass kumpulan Mega iaitu Mat Mega atau nama sebenarnya, Mohamad Sulaiman.

"Akim tak pernah ada sesiapa saudara mara yang pernah masuk AF sebelum ini. Dia bukanlah sepupu Fitri AF2 seperti yang digembar-gemburkan. Namun, dia memang ada pertalian dengan Mat Mega dan Sofie S. Mereka berdua ini adalah adik saya," katanya.

Ditanya mengenai harapan si ayah untuk anak terunanya itu, beliau menjawab:

"Saya harap Akim boleh sampai ke final. Saya tak kisah orang nak cakap apa tentang anak saya. Saya dah ada pengalaman macam ini oleh sebab adik saya 2 orang dulu juga artis.

"Terus-terang saya suka AF sebab perkataan akademi. Segala macam tentu ilmu nyanyian boleh dapat dalam akademi. Tapi kalah menang saya tak kisah. Kalau ada rezeki Insya-Allah dia boleh berjaya. Apapun, terima kasih kepada semua peminat Akim yang banyak menyokongnya," kata Pak Ahmad.



Menarik tentang Akim sekeluarga...
1. Anak muda yang aktif sukan dan suka bermain bola sepak. Dia pernah mewakili sekolah untuk peringkat MSSN.
2. Selain bola sepak, Akim juga pernah mewakili sekolah ke Sabah untuk sukan sofball.
3. Walaupun tarian sering dapat kritikan, Akim pernah menjadi penari zapin sewaktu di sekolah rendah.
4. Memandangkan Akim baru tamat SPM, famili sudah merancang untuknya sambung belajar. Ayah Akim tak halang anak
menyanyi asalkan pelajaran tidak diabaikan.
5. Tidak dinafikan Akim mendapat bakat nyanyian dari ayahnya yang pernah menjadi penyanyi untuk Kumpulan
Pancaragam Adik Beradik pada tahun 1978..
6. Ayahnya juga pernah menjadi artis residen untuk Radio Malaysia Johor.
7. Kalau Akim menyertai AF ayahnya pernah menyertai Bintang RTM.
8. Akim juga sangat rapat dengan Mat Mega dan Sofie S yang pernah merakamkan banyak album.
9. Ayah Akim kini bertugas sebagai penyelia di Pusat Pos Laju, Larkin, Johor Bahru.
10. Akim merupakan anak ketiga dari 4 orang adik-beradik. Dia mempunyai seorang abang, kakak dan adik lelaki.
11. Sebelum ini Akim pernah bersekolah di Sekolah Johor Jaya.
12. Akim tidak merokok dan inilah petua ayah Akim jika mahu jadi penyanyi jangan merokok.
13. Akim juga pandai berlawak dan mempunyai kawan yang ramai.
14. Akim adalah penyeri di rumahnya. Ketiadaannya membuatkan rumahnya sunyi sepi.
15. Akim seorang penyayang dan sangat rapat serta rajin berborak dengan ibunya.

3 comments:

aSma uLhuSna said...

wah.. terima kasih kongsi. best baca cerita ttg akim ni..

Anonymous said...

cerita akim sama la ngan ak

MemberBoboDrDarjah1 said...

la hai bobo, adik ko ker rupenyer :P

awat gambar ko xde? :P