akim@myspace

PEMBERITAHUAN

akimfans yg nak minta letak blog-link kat sini, sila bagi kat kotak komen entri 'terima kasih' di bawah!..satu lagi, kpd suma yg chatting kat chatbox/chatango, SILA JANGAN GADUH2 atau PROVOKASI yg bukan2! peace all! muahhh!

Monday, May 4, 2009

Akim @ Konsert Minggu 8


{ Download Mp3 Akim - Titah Sultan }


Kredit: Badrul Hashim


Kredit: SultanMuzaffar



Komen & Kritikan 1: Badrul - Murai

"...Paling penting, I rasa Adlin rasa tercabar yang amat sangat kerana semua pelajar dapat melakukan tugasan dalam masa empat hari, apa yang hanya Adlin dapat lakukan dalam masa empat bulan. Thank you AC Mizal kerana memberikan satu dduuusshhhh buat Adlin. I pun tak rasa Adlin boleh buat apa yang pelajar-pelajar tu buat dalam masa empat hari pun! Kalau ada yang follow PGL, anda mesti tahu ketika kali pertama PGL dipentaskan, Adlin tak menari pun. Apa yang Akim buat adalah apa yang Adlin buat setelah masuk season ketiga PGL. Dan kalau Adlin diberi naskah Impak Maksima yang dibawakan oleh Yazid, I don't think Adlin boleh memberi separuh apa yang Yazid berikan. Eh, sorry, terlebih sudah (muahahaha) Review pasal pelajar-pelajar jadi review untuk Adlin pulak."

Komen & Kritikan 2: Kudsia - Murai

"...Akim menjadi pelajar pertama membuat persembahan dan cabarannya malam ini ialah Titah Sultan dari PGL. BUkan senang nak bawak tu, sebab pelakon ori watak tersebut menjadi pengkritik depan mata. Salah silap sikit memang KANTOI...Anyway he tried. It wasn't his best. Mungkin saya biased tapi sebab dah tonton PGL di Istana Budaya, raut wajah Adlin sebagai Sultan sewaktu lagu ni amatlah convincing - separuh bongkak, confiden giler, megah dengan kejayaan Melaka. Unfortunately Akim was none of that, but then again Akim nak jadi penyanyi bukannya pelakon, so I tak kisah sangat yang watak tu tak berjaya dilakonkan."

Komen & Kritikan 3: Sultanmuzaffar

"...Akim - Titah Sultan (Puteri Gunung Ledang The Musical)

Satu persembahan yang baik daripada Akim. Lagu yang asing di telinganya menjadi lebih baik dengan intepretasinya yang tersendiri. Memang sukar membawakan lagu tersebut kerana rentaknya yang bercirikan pop Broadway. Saya akui apa yang diperkatakan oleh Adlin tentang ruang kosong yang tidak diisi dengan koreografi menjadikan persembahan Akim nampak kosong. Saya tidak menyalahkan Akim seratus peratus kerana Akim telah pun diberikan koreografi yang secukupnya berdasarkan tempoh latihan selama seminggu atau pun kurang. Jadi adalah tidak adil untuk membandingkan persembahan Akim yang berlatih dalam jangkamasa 4 hari dengan persembahan Adlin yang telah pun menyerap watak itu ke dalam dirinya selama lebih 4 tahun. Di musim pertama pementasan PGLtM pun Adlin tidak diberikan koreografi yang cukup berbanding musim ketiga. Mutu lakonan Akim juga cukup untuk sebuah persembahan tersebut."

1 comment:

Anonymous said...

tahniah sye ucapkan kpada abg akim sbab brjaya ke top 5.....abg akim ade x myspace&fs